
nurfaarahim95
3 tahun
Bunyi meletup pada ankle
Saya berumur 26 tahun…pada 5/5 tempoh hari ankle saya terseliuh dan hampir sebulan tidak dapat berjalan dan berdiri dengan normal…semasa hari kejadian…dibahagian tulang betis juga ada luka kerana terhentak di tembok dan beberapa minggu kemudian saya cuci luka dan dapati ada darah beku merah kehitaman yang keluar dari luka tersebut yang mengakibatkan luka semakin dalam dan berlubang…hari ini 16/6 saya dapati kerapkali ankle saya berbunyi seperti meletup apabila saya melakukan pergerakkan…dan ankle masih tidak boleh diregangkan sepenuhnya dengan baik dan masih sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah bunyi meletup pada buku lali (ankle) anda. Kami akan cuba untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Untuk makluman anda, masalah bunyi meletup pada sendi ini umumnya dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Sendi yang semakin menipis
- Keradangan
Atau, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, seperti:
- Kecederaan pada sendi dan tulang
- Osteoarthritis
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.