Sulit
4 tahun
Cecair berwarna putih dihujung kemaluan
sebulan lalu . rasa pedih masa kencing . dan ada sesuatu mcm kudis d penis . tp semua da sembuh . seminggu lalu ia muncul semula kencing pedih dan ada cecair putih d hujung penis setiap bangun pagi da seminggu … da pergi medical checkup utk gonorhea alhamdulillah -ve … bole bgtau sy penyakit lain berdasarkan simptom2 sy . sy xda demam .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk pengetahuan tuan, keluar nanah dari kemaluan lazimnya boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea atau non gonorea (i.e. jangkitan klamidia, trikomonas, dll.)
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu dari pihak kami. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.



































