
Sulit
4 tahun
Dada sakit, kepala berasa berat, pitam dan rasa mual
Saya wanita 23 tahun. Perkara ini telah berlaku sama saya sejak seminggu yang lalu. Dada saya kerap berasa sakit seperti rasa berdebar dengan laju. sakir dada saya tersebut bercampur baur. Apabila saya berdiri terlalu lama. Saya cepat berasa pitam bersertakan sakit dada dan sakit kepala. Saya mahu berjumpa pergi ke clinic tapi saya takut…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut.
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Kekurangan gula atau air dalam tubuh
- Kekurangan rehat atau tanda-tanda gangguan tidur
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada pitam, mual dan pening dan berdebar dengan laju juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan pre-menstrual syndrome
- Gangguan ketidakstabilan hormon
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- atau tanda-tadna awal gangguan organ tiroid
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.