Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Dada tengah rasa panas dan berat

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 26, 2020 9:36 AM

Sulit 40 hari

Kbelakangan ini dada bhgn tgh terasa panas dab berat bila mnarik nafas. Ada kalanya sy mengalami short breathibg .Sy juga sering berdebar-debar. Adakah sy mpunyai masalah jantung atau paru-paru atau antara simptom covid.

Dr Ramzdhan 14 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah dada terasa berat atau kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh:

  • Anemia - kurang darah merah
  • Penyakit Asma
  • COPD: Masalah paru-paru sempit
  • Penyakit TB
  • Alahan
  • Penyakit jantung koronari

Masalah jantung terasa berdebar-debar pula boleh disebabkan oleh:

  • Masalah ritma jantung
  • Masalah hormon tiroid
  • Masalah anxiety
  • Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
  • Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:

Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Untuk sementara waktu, anda disarankan untuk kuarantinkan diri selama 14 hari jika anda mengalami gejala-gejala COVID-19.

Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan tempat yang terjejas dan mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jun 26 2020 09:36:51 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Ingin tahu dengan lebih lanjut bagaimana sesak nafas asma dan bezanya dengan sesak nafas akibat covid 19 Assalamualaikum Doktor, saya ada history penyakit asma namun lebih 10 tahun tidak menyerang. Tp sejak kebelakangan ini iaitu 20 hari yang lalu… sesak nafas tanpa gejala (seperti batuk) berlaku h… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Kesukaran bernafas ketika berbaring, nafas menjadi pendek Saya wanita umur 21. Saya sering mengalami ketat dada, nafas menjadi pendek dan sukar bernafas ketika baring. Saya juga mempunyai penyakit asma tapi tidak mempunyai gejala teruk seperti batuk. A… Baca lagi...
35 hari
Sulit
Rasa tak puas bila bernafas dan susah sangat untuk bernafas. kena tarik dalam dalam baru rasa sikit. dada pun selalu sakit secara tiba tiba dan rasa macam ketat saya wanita berumur 20 tahun. akhir2 ni saya rasa macam susah sangat nak bernafas dan rasa tak puas bila bernafas. selalu juga dada saya sakit secara tiba2 dan rasa ketat. bila baring atau tidu… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Hidung tersumbat / selsema lebih sebulan Anak saya berumur 8tahun (lelaki), 46kg. Dia mengalami hidung tersumbat/selsema lebih dari sebulan. Saya telah bawa anak ke klinik. Doktor hanya beri ubat selsema dan antibiotik. Ubat telah hab… Baca lagi...
23 hari
Sulit
Dada tengah rasa panas dan berat Kbelakangan ini dada bhgn tgh terasa panas dab berat bila mnarik nafas. Ada kalanya sy mengalami short breathibg .Sy juga sering berdebar-debar. Adakah sy mpunyai masalah jantung atau paru-paru… Baca lagi...
40 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi