
kaiimanina
2 tahun
Denyutan di tumit kaki
Assalamualaikum doktor, saya kerap sekali sakit dibahagian tumit kaki, apabila berjalan, kadang-kadang tumit kaki saya sakit sehingga tk boleh nak berjalan. Betul ke doktor anggota kaki ada berkaitan dengan jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit. Antaranya:
- Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan - Terseliuh
- Plantar fasciitis
Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki - Bursitis
Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Namun, masalah jantung, buah pinggang dan lain-lain juga perlu diambil kira.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.