
jimmynfrost123
5 tahun
Folliculitis di Miss V saya
Saya ada masalah folliculitis lebih dari 6 di sekeliling labia majora. saya telah diberi antibiotik oleh doctor saya pada masa itu hnya ada 3 ttp kini ianya masih bertambah, apakah yang perlu saya lakukan, adakah drain puss tinggi kosnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh meneruskan ubat antibiotik anda dan folliculitis tersebut akan pecah dengan sendirinya. Sekiranya anda demam atau keadaan anda bertambah teruk, anda disarankan untuk bertemue semula dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan.
Folliculitis boleh disebabkan oleh masalah ingrown hair setelah mencukur. Oleh itu, anda disarankan untuk exfoliate dengan lembut bahagian labia majora anda setelah beberapa hari mencukur untuk mengelakkan masalah ini berulang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.