
Anonymous
4 tahun
Gastritis & migraine
Saya sudah mengalami gastrik selama 3 hari. Sudah berjumpa doktor dan telan ubat yg diberi, tapi masih sakit. Keluar angin dan sudah makan, tapi gastrik tetap tak lega. Saya dah telan ubat omeprazole, citrate d’alverine, Simeticone, hyoscine-n-butylbromide dan MMT Suspension. Saya sakit di bhg tgh perut menyucuk memulas. Saya telan ubat tahan sakit pun tak lega (ubat paracetamol, mefenamic acid, ibuprofen). Sekarang angin gastrik tu buat saya jadi sakit kepala mnyucuk2. Saya ingat mkn ubt tahan sakit boleh legakn sakit perut n sakit kepala, tapi ternyata tidak lega juga.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda mempunyai gastritis dan gastrooesophageal reflux untuk sekian lama meningkatkan risiko untuk perut luka (peptic ulcer disease). Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekali lagi untuk menjalani ujian diagnostik lain seperti ujian urease melalui nafas ataupun gastroskopi ke dalam perut anda bagi mengetahui masalah sebenar ataupun mencari plan rawatan lain.
Selain dari itu, terdapat sebab lain anda mengalami penyakit ini seperti
- jangkitan kuman dan bakteria terutamanya Helicobacter pylori dalam pesakit gastrik
- masalah pada jantung
- radang pankreas
- penyakit radang usus
- radang appendiks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.