
Sulit
3 tahun
Gatak vagina dan keputihan
Hi, saya telah mendapat rawatan gatal dan keputihan dari klinik…sudah 2 malam saya pakai ubat keputihan ke dlm vagina tetapi setelah sejam saya akan mndapat tindakbalas terlalu gatal di vagina saya sehingga sukar utk tido…ape yg harus sy lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Kegatalan vagina semasa menggunakan ubat keputihan ini ada kesan sampingan yang biasa. Ini menunjukkan bahawa ubat tersebut sedang membunuh kulat yang menyebabkan keputihan. Anda cuma perlu bertahan sehingga ubat ini habis.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.