Sulit
2 tahun
Gatal air bisa pada tangan dan kaki
hi doc. sy wanita berumur 20 tahun & sedang mengalami kegatalan pada tapak tangan, belakang tapak tangan, jari serta di kaki (kegatalan mengandungi air bisa) 2 hari lepas sy dah dapatkan injection di klinik. mula2 naik dekat tangan je lepas dapat injection, esoknya naik di kaki pula. boleh sy tau punca & cara mengatasi?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Lepuh akibat geseran (friction blister)
- Cacar air (chicken pox)
- Kayap (shingles)
- Dermatitis
- Ekzema
- Alahan pada ubat
- Alergi
- Gigitan serangga
Oleh itu saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.