Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gatal kerongkong yang menyebabkan batuk2. Apabila batuk, nafas menjadi tidak teratur Serta degupan jantung menjadi laju semasa batuk

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 26, 2020 1:01 AM

Sulit 47 hari

Salam and hi. Saya wanita lingkungan 20 tahun, saya mengalami batuk-batuk Dan kadangkala jantung saya menjadi laju setiap Kali Batuk. Setiap Kali Batuk juga, kerongkong saya akan gatal Dan menyebabkan nafas saya tidak teratur. Terima kasih.

Dr Ramzdhan 47 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:

Masalah gatal tekak pula boleh disebabkan oleh:

  • Allergic rhinitis
  • Tonsilitis
  • Pharyngitis
  • Jangkitan bakteria atau virus yang lain

Masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:

  • Anemia - kurang darah merah
  • Penyakit Asma
  • COPD: Masalah paru-paru sempit
  • Penyakit TB
  • Alahan
  • Penyakit jantung koronari

Masalah jantung berdegup laju boleh disebabkan oleh:

  • Masalah ritma jantung
  • Masalah hormon tiroid
  • Masalah anxiety
  • Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
  • Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 26 2020 01:01:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Mengalami demam, batuk berpanjangan dan sakit tekak Saya mengalami demam dan batuk berpanjangan beserta kahak yg berketul dan mengakibatkatkan keradangan tekak. Perlu ke saya kuarantin diri dirumah? Majikan saya tak benarkan saya datang ke pejaba… Baca lagi...
53 hari
Sulit
52 hari
Sulit
Batuk berpanjangan dan sakit tekak Doktor, Saya telah mengalami batuk dan sakit tekak melebihi 2 bulan. Batuk saya berkahak. Saya juga akan berpeluh apabila tidur pada waktu malam walaupun saya tidak berasa panas. Apabila batuk … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Mengalami batuk lebih dari 2 bulan Saya lelaki umur 20 a . Saya sejak beberapa bulan lepas mengalami batuk yang agak keonik . Tetapi bila check ke klinik mereka kata batuk biasa . Saya cuma risau batuk ni bertambah teruk dan bole… Baca lagi...
59 hari
Sulit
Batuk berkahak dan gatal tekak Saya perempuan berumur 27 tahun. Mengalami batuk berkahak more than 2 week. Currently getting better but still batuk berkahak. So should i go to clinic as per recommended by my company? Baca lagi...
58 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi