
Sulit
4 tahun
Gatal miss ‘V’ dan kencing tak lawas
Dr,saya seorang wanita berusia 32tahun.Saya sering gatal pada vagina bahagian luar.Saya tiada keputihan.Vagina saya menjadi sangat gatal dan gatal ini berulang-ulang.apakah penyebab gatal vagina di bahagian luar dan apa yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan gatal-gatal yang sering berulang ini.Keadaan ini menyebabkan saya menjadi tertekan apabila kegatalan menyerang dan sangat menganggu aktiviti harian saya.Kedua,selepas saya membuang air kecil,saya sering merasakan sedikit air kencing keluar.Keadaan ini menyebabkan saya perlu menunggu lama untuk pastikan tiada air kencing lagi yang keluar dan perlu memakai pantyliner sentiasa selepas membuang air kecil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada vagina dan kencing yang tidak lawas. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab bagi masalah kegatalan pada vagina, antaranya:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Anda boleh mencuba langkah berikut bagi mengurangkan gejala kegatalan seperti:
- Untuk mengelak daripada sebarang jangkitan di kawasan kemaluan, lap bahagian kemaluan dari depan ke belakang untuk menghalang bakteria dari dubur masuk ke dalam vagina, setiap kali selepas buang air di tandas.
- Elakkan produk kimia seperti ‘douch’ vagina atau semburan kebersihan wanita, yang boleh mengganggu keseimbangan asid vagina
- Elakkan daripada produk kebersihan feminin yang berbau wangi (seluar dalam, pad, sabun).
Berkenaan dengan masalah kedua anda iaitu kencing yang tidak lawas, ianya boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan , antaranya:
a) Pundi kencing hipotonik
b) Prolaps faraj (Rahim jatuh)- bagi wanita
c) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak dalam keadaan rileks semasa pembuangan air kencing. Kecederaan saraf tunjang, ‘slip disc’, pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkan masalah penyingkiran air kencing.
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di hospital/klinik berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera .
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai masalah anda secara mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih