Sulit
4 tahun
Haid datang lebih awal dah sedikit
Saya wanita berumur 27 tahun dan belum berkahwin. Selama ni memang kitaran haid saya normal and cantik i can say that. Starting Nov 2019, sy dah mula amalkan senaman dua kali seminggu sampai lah skrg jan2020. Tapi sepatutnya haid sy bulan jan ni 12hb kot, tapi datang terlalu awal which is 1hb. Bukan lah keluar darah ke apa, just keluar sedikit2 setiap kali buang air. Keluar dalam bentuk ketulan kecik2. Kadang merah, kadang maroon. Tapi setiap hari. Sampai lah hari ke 15 hari ni. So far sy takde rasa apa apa, lesu or tak bermaya ke apa. Semua saya rasa normal. Mmg lately ni sy ada rasa stress dgn masalah peribadi. Harap doktor bole bagi pandangan macam mana.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Haid yang normal berlangsung selama 2 hingga 8 hari dan sekitar setiap 24 hingga 38 hari. Merujuk kepada haid yang anda yang berpanjangan sehingga 15 hari dan kemudian yang tidak teratur datangnya, keadaan ini dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.