Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid saya jadi lambat, UPT samar-samar dah jadi negative

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 9, 2020 2:23 AM

Sulit 21 hari

Saya wanita berumur 24 tahun dan sudah berkahwin selama setahun 2 bulan. Kitaran haid saya tidak normal. Kadang 25-26hari , Kadang 35 - 40hari. Untuk cycle kali ni saya masih belum period lagi. Saya ada buat UPT, UPT saya pada hari DP017 ialah faint line dan saya ambil keputusan untuk test lagi pada DPO22 tetapi UPT tersebut -ve … Saya mengalami symptom mengandung, tetapi kebelakangan ni symptom tersebut pun dah hilang. Saya masih binggung, harini sudah hari yang ke56 utk cycle bulan 7.

Dr Sri Viknarajan 21 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:

  • kehamilan
  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah polycystic ovarian syndrome
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.

Penyebab negatif upt yang salah

  • Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
  • Kerosakan alat ujian kehamilan
  • Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
  • Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
  • Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.

Berdasarkan maklumat yang anda berikan, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan hal ini berlaku. Kami memahami kebimbangan anda kerana haid anda sudah lewat. Kami memerlukan info dan maklumat tambahan dari anda supaya kami boleh mengenalpasti dengan tepat mengapa haid anda lewat.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Wed Sep 09 2020 02:23:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Sulit
Keliru hamil atau tidak..aplikasi atau catatn manual saya berumur 32thn,sdh berkahwin tidak mempunyai anak.masalah saya2 keliru adakah saya hamil atau tidak kerana jika mengikut aplikasi menyatakan saya lewat 4 hari period kalau catatn mnual yg sa… Baca lagi...
38 jam
Sulit
Hormon Berubah Selepas Berkahwin Hi doktor. Cycle period saya for every month adalah tidak menentu, tapi saya period setiap bulan dengan tahap sengugut yang biasa, tidak teruk. Walaubagaimanapun kiraan cycle period saya for ev… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Tak datang period 5 bulan sya wanita 20 an. belom berkahwin. period x datang masuk 5 bulan. bermula 2 minggu lepas perut saya mula membesar. selepas saya makan saya rasa tidak selesa dan terasa sakit di antara payudara d… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Haid tidak dtng sudah 5 bulan Sy seorang ibu tunggal berusia 30 tahun…sy mengalami masalah haid tidak teratur sejak dari tahun 2019…dn pada tahun ini haid terakhir hnya pada hujung bulan 4 dan sehingga ke hari ini tidak data… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Period lewat,upt negative,pintu rahim terasa keras & kebawah Saya wanita berumur 32tahun,berkahwin & ada seorg anak. Period saya sebelum ini teratur dan dtg tepat waktu,circle period 28hari. Stp kali hari last period saya akan meruang utk buang darah yg b… Baca lagi...
8 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15