
newaccuser37
4 tahun
Hamil sekiranya di permukaan
Salam sejahtera doktor. Saya nk bertanya, adakah wanita boleh hamil sekiranya air mani ada di permukaan faraj dan peha wanita?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun keterangan anda disini adalah kurang jelas. Asas terjadinya kehamilan adalah adanya persenyawaan diantara sperma (sel dalam air mani lelaki) dengan ovum (sel telur wanita). Asalkan kedua sel ini bertemu, maka berlakulah kehamilan. Hal ini bermaksud, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom, pil perancangdsb) mempunyai risiko untuk hamil bergantung kepada tahap kesuburan wanita dan kesihatan sperma.
Di sini anda tidak menjelaskan adakah zakar dimasukkan ke dalam faraj ataupun tidak. Justeru, kami tidak dapat menentukan risiko untuk hamil. Andai ada kemasukan zakar ke dalam vagina, namun ejakulasi (pancut) di lepaskan di luar, maka risiko untuk hamil tetap ada kerana sperma dapat hadir dalam air mani dalam bilangan yang sedikit.
Perlu diketahui bahawa sperma tidak boleh hidup lama di persekitaran luar, namun jika ia terkena bahagian faraj, masih ada risiko untuk mengandung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.