Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hepatitis b boleh sembuh?

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 5, 2021 8:31 AM

Sulit 6 bulan

Boleh ka hep B sembuh …sy jumpa doctor …dia ckp virus tu tgh tidur…so tak dpt masuk ubat untuk bunuh virus tu…ni contoh yg doctor tu bgi saya faham…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Penyebab hepatitis B adalah penyebaran virus ini melalui darah dan cecair badan. Jenis-jenis penularan hepatitis B :

  • Ibu yang menghidap hepatitis B kepada anak- Ibu yang dijangkiti hepatitis B boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi mereka semasa proses kelahiran
  • Hubungan seks dengan pembawa hepatitis B- Boleh merebak melalui cecair badan seperti air liur, darah haid, cecair faraj dan air mani.
  • Melalui perkongsian jarum
  • Tatu

Untuk pengetahuan anda, buat masa ini tiada penawar bagi penyakit hepatitis B. Namun begitu, kandungan virus ( viral load ) dan penyakit tersebut boleh dikawal dengan menggunakan ubat-ubatan. Berkenaan vaksinasi hepatitis B, anda perlu berbincang dengan doktor yang merawat anda tentang perkara ini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Fri Nov 05 2021 08:31:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit  tentang hepatitis b secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80