Sulit

3 tahun

Hepatitis B - Pantang & Vaksin Covid19

Saya pengidap Hepatitis B kronik & sedang mengambil ubat Tenofovir 300mg
Soalan saya :

  1. Apa makanan yang pantang saya tak boleh makan?
  2. Apa pula makanan yang baik untuk saya amalan?
  3. Apakah saya boleh mengambil makanan seperti durian, susu, cuka epal, sambal pedas?
  4. Sejak minggu lepas, kulit saya ada muncul macam jerawat gatal2 pada lengan, ketiak & lutut. Adakah ia berkaitan dengan penyakit sekarang atau lain?
  5. Boleh ke tidak saya mengambil vaksin Covid19 nanti & ape kesannya?

Sekian

Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.

Untuk makluman anda , berikut merupaka jawapan kepad soalan anda:

    • Lemak tepu (mentega, krim asam, dan makanan tenusu berlemak tinggi, potongan daging berlemak, dan makanan yang digoreng).
    • Makanan manis.
    • Makanan dengan garam.
    • Alkohol.
    • Makanan mentah seperti oyster.
    • Makanan yang mengandungi bahan kimia tambahan dan kadar garam yang tinggi.
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Bijirin seperti oat, barli, quinoa, nasi
    • Protein (ikan, ayam, telur putih, kacang)
    • Produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak
  1. Perlu dielakkan durian, susu( kecuali rendah lemak atau tanpa lemak), cuka epal dan sambal pedas. Jika ingin teruskan niat untuk makan, dapatkan nasihat doktor yang merawat anda kerana hanya doktor anda mempunyai maklumat lengkap tentang tahap kesihatan anda.

  2. Untuk mendapatkan kepastian punca dan jenis masalah kulit anda, disarankan untuk merujuk pakar kulit. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh jadi penyebab kepada masalah kulit seperti yang anda nyatakan.

  3. Perkara ini akan diteliti oleh pihak KKM dan jika didapati anda mempunyai masalah kronik dan tidak layak, maka anda akan dikecualikan terlebih dahulu.

Jika anda masih mempunyai soalan setelah membaca penerangan ini, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi atas talian dan pihak doktor kami akan menerangkan dengan lebih lanjut. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.

general

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)