Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hepatitis B Surface Antibody - HBsAb

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 31, 2019 2:46 PM

Anonymous 11 bulan

Sya wanita yang berumur 24 tahun. Bulan lepas, saya sudah membuat pemeriksaan untuk darah saya dan di dapati sya telah menghidapi maslah hepititis b surface antibody. Doktor menggalakkan saya untuk mengambil suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tersebut. Soalan saya adalah adakah penyakit ini berbahaya? Jika sya mengambil suntikan vaksin tersebut, adakah penyakit tersebut sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 11 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Adalah dihargai sekiranya anda dapat menjelaskan dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan “masalah HBsAb”. Contohnya, apakah hasil pemeriksaan anda positif ataupun negatif. Untuk makluman anda, vaksinasi Hepatitis B (Hep B) adalah sangat digalakkan untuk mengelakkan anda daripada dijangkiti virus Hepatitis B. Hal ini kerana, sejak tahun 2018, terjadi peningkatan penghidap penyakit ini yaitu sebanyak 15 orang per 100,000 penduduk Malaysia berbanding 12 orang per 100,000 pada tahun 2014.

Virus Hep B adalah merbahaya yang mana virus ini dapat menyebabkan keradangan hati, sehingga hati menjadi rosak atau akhirnya menjadi kanser hati. Walaupun terdapat ubatnya, pengubatan virus ini juga memakan masa yang lama sehingga bertahun-tahun dengan peratusan efektiviti yang rendah. Justeru, suntikan vaksin ini bukanlah untuk menyembuhkan penyakit tersebut, akan tetapi untuk menstimulasi tubuh anda supaya membuat antibodi untuk melawan virus ini.

Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

Dikemaskini pada: Wed Jul 31 2019 14:46:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Virus, Vaksin, Jangkitan Hepatitis B & Bengkak Hati Selamat sejahtera doktor2 sekalian, Saya sorang pengidap hepatitis B yang telah mengalami bengkak hati. saya masih bujang dan ingin bertanyakan beberapa soalan. Saya ada buat rawatan dihospi… Baca lagi...
23 hari
Sulit
Pengidap hepatitis b Hi dr,pada 2015 saya ada buat ujian darah untuk hepatitis b dan d sahkan positif ,pada masa yg sama saya mengandung dan melahirkan, ank saya mmg dapat vaksin hep b dari lahir sampai umur 2thun… … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Hepatitis window period Doctor…apakah hepatitis ada window period ? Terutamanya hep b and c…dan apakah mungkin keputusan sekarang non reactive …dan ujian seterusnya reactive? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Risiko air liur hepatitis B Hi Dr…Ingin tahu adakah ujian HBsAg semasa 32 hari sudah memadai untuk mengetahui status risiko HBV? Jika merujuk kepada laman web CDC.gov menyatakan “HBsAg will be detected in an infected perso… Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Saya nak tahu apa itu penyakit hepatitis A , B , C , H Saya hanya ingin tahu tentang penyakit hepatitis sebab saya tidak tahu . hanya ingin pengetahuan am Baca lagi...
8 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi