Sulit

3 tahun

Herpes di mukut setiap bulan

Saya awak 20an. Dari kecil lagi dah kena herpes tapi jarang. Dalam setahun sekali macam tu. Tapi bila makin dewasa makin kerap ia datang dan sekarang daya perasan tiap2 bulan saya kena herpes. Saua ada baca artikel2 di WHO tentang herpes. Agak merbahaya memandangkan tiap setiap bulan saya kena herpes di mulut. Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk sembuh, bagaimana mahu sembuh dan boleh ke saya nak refer ke pakar? Saya risau boleh berjangkit pada suami dan anak2 bila saya kahwin nanti. Harapan saya doktor dapat membantu sedikit sebanyak apa yang saya perlu buat.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai jenis punca yang boleh menyebabkan luka di sekitar mulut. Sebagai contohnya, ekzema, dermatitis, alergi atau alahan serta jangkitan bakteria seperti impetigo boleh menyebabkan luka di sekeliling mulut. Selain itu, bibir dan kulit di sekeliling juga mudah pecah jika cuaca terlalu kering, tidak minum air secukupnya atau merokok. Cold sores, iaitu sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh herpes simplex virus atau HSV, merupakan salah satu punca yang sering menyebabkan ruam dan kudis berair di bahagian mulut dan bibir.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengn doktor secepat mungkin. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mengenalpasti punca ruam tersebut. Ruam yang disebabkan oleh HSV biasanya dirawat dengan ubat sapu antivirus seperti krim yang mengandungi aciclovir. Jika anda menggunakan krim tersebut, pastikan anda menggunakan krim tersebut seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor.

Selepas menyentuh ruam, anda harus membasuh tangan dengan bersih. Pastikan orang lain tidak menyentuh ruam tersebut dan anda tidak harus berkongsi perkakas persendirian anda dengan orang lain. Elakkan diri anda daripada bercium dan bersentuh dengan bayi dan budak kecil kerana HSV boleh menyebabkan komplikasi serius seperti jangkitan otak dalam kalangan kanak-kanak kecil. Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa virus ini akan berada di dalam badan pada tempoh yang lama dan akan kekal dorman walaupun setelah rawatan diberi. Ia akan kembali aktif sekiranya tahap ketahanan tubuh anda menurun.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

nafas-berbau

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)