
Sulit
4 tahun
Ibu jari kaki kebas dan tidak boleh dirasai sudah sebulan
Saya wanita berusia 18 tahun , 2 bulan lepas saya mengalami infectious colitis Seperti diarrhoea dan sakit perut setelah makan . Namun, bulan lepas saya merasakan ibujari kaki saya kebas seperti tidak boleh dirasai . Adakah saya menghidap penyakit autoimun? Saya takut . Kerana ibu saya sukar untuk membawa saya ke hospital .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Kekurangan elektrolit (electorlyte imbalance)
- Kencing manis yang tidak dikawal
- Sindrom Guillain-Barre
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah kaki kebas.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan penyakit atau masalah yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.