
Sulit
4 tahun
Isi hujung jari terpotong
Kawan saya seorang lelaki berumur 21 tahun mengalami kecederaan terpotong sedikit isi hujung jari tengah dan manis ketika bekerja. Saya nak tanya adakah jari isi jari tersebut akan tumbuh semula atau akan kekal sebegitu. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, faktor penyembuhan jari tersebut bergantung kepada kuantiti yang dipotong. Sukar untuk kami katakan sama ada ia akan sembuh berdasarkan bentuk potongan ataupun pada keadaan sebelumnya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.