
Sulit
4 tahun
Jari kaki berdenyut dan bergerak sendiri
Saya berumur 25 tahun… Sudah seminggu jari kaki saya berdenyut dan bergerak sendiri dalam beberapa saat dan beberapa minit kemudian terjadi semula
Bagi saya ini adalah abnormal kerana jari kaki terutama jari tengah tidak boleh digerak kan dengan sendiri
Apakah punca dan rawatan ?
Adakah ini berkaitan dengan saraf?
Mohon penjelasan doktor
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah jari kaki.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat lain adalah diperlukan sebelum membuat kesimpulan kerana terdapat banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Namun begitu disini saya senaraikan beberapa keadaan yang biasa dialami oleh seseorang dan menyebabkan sakit pada bahagian jari kaki:
- Terseliuh
- Masalah saraf ke kaki
- Trauma
- Pengaliran darah yang terganggu
- Regangan otot jari kaki
- Masalah sendi
Setiap rawatan keadaan di atas adalah berbeza. Maka, pemeriksaan fizikal perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum rawatan dipilih.
Di sini saya kongsikan beberapa rawatan yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
- Menggunakan pad panas / pad sejuk untuk mengurangkan kekejangan sendi. Lakukan selama 20 minit dan ulang beberapa kali dalam sehari
- Lakukan aktiviti regangan otot kaki
Sekiranya keadaan anda tidak pulih dalam masa seminggu atau anda mempunyai gejala lain seperti demam, sakit atau lain lain, sila segera ke hospital atau klinik untuk tindakan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.