
Sulit
4 tahun
Jari kiri mengigil atau bergetar
Saya wanita 41 tahun ketika saya sedang membuat kerja tiba2 ibu jari tangan saya menggeletar atau menggigil tanpa sebab yg saya x tahu …adakah salah satu simptom strok ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ibu jari tangan yang menggeletar secara tiba-tiba. Untuk makluman anda, antara faktor-faktor penyebab masalah ini adalah:
- essential tremor
- penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- pengambilan kafein berlebihan
- penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- anxiety (kegelisahan)
- gula dalam darah rendah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih