Sulit
4 tahun
Jerawat belakang badan
Salam & Hye, saya wanita berumur 20 an mengalami jerawat belakang badan yang agak banyak, apakah ubat yang boleh saya ambil untuk menyembuhkan serta menghilangkan kesan bekas jerawat yang teruk. Mohon pencerahan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemungkinan besar masalah kulit yang berlaku boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Foliculitis yaitu keradangan folikel rambut
- Dermatitis
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Sebetulnya, keterangan yang anda berikan masih kurang lengkap. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.