
Sulit
4 tahun
Jerawat tumbuh di permukaan vagina
Saya wanita dalam 20an, saya mempunyai jerawat di permukaan vagina dan ianya merah serta sakit jika disentuh dan lama kelamaan ianya bertukar menjadi ungu. Ianya hilang selepas beberapa bulan dan tumbuh balik. Apa yang patut saya buat ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jerawat di kemaluan.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst atau Abses
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat untuk rawatan yang tepat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.