
Anonymous
2 tahun
Kaki bengkak selepas kemalangan jalan raya
Saya diana umur saya 20 tahun. Saya nak tanya pda doktor. Saya pernah kemalangan motor bertembung kereta pada tahun lepas dlm bulan 12/2018. kecederaan pada saya bumper kereta hentam kaki kanan saya bila sampai ke hospital doktor yang rawat saya lepas dia tengok x-ray dia cakap kaki cuma bengkak. Tapi pada 9/5/2019 saya dapat rasa jari kaki kanan saya merasa kebas secara tiba-tiba. Boleh saya tahu kenapa ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, masalah kebas boleh disebabkan oleh masalah otot dan juga saraf. Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Walaubagaimapun, anda telah mempunyai facktor risiko iaitu trauma yang boleh juga meyumbang kepada berlakunya hal ini .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.