
amyzemey
4 tahun
Kaki dan tangan bengkak
Saya wanita berumur 40 thn, tgn dan kaki sy bengkak…sy da buat ujian darah, dan doc da review…tiada masalah pd buah pinggang atau lain2…sbb semua ok…air kencing pun semua ok…tp kaki dan tangan sy tetap bengkak…sy tidak berasa sakit pd bengkak tersebut…tetapi sy berasa tegang pd kaki dan tangan itu…bole doctor berikan pendapat…kenapa kaki dan tgn sy bengkak??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda banyak punca kepada permasalahan anda. Konsultasi, pemeriksaan fizikal, dan ujian lanjut adalah diperlukan agar punca sebenar kepada permasalahan anda dapat dikesan dan rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.
Antara punca kepada permasalahan anda adalah:
- Masalah buah pinggang
- Masalah jantung
- Gout
- Masalah atau sekatan pada saluran limfa atau salur darah dan sebagainya
Anda dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor lain atau terus ke hospita dan berjumpa dengan doktor pakar setelah mendapatkan surat rujukan (refer letter) dari klinik. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.