
Sulit
4 tahun
Kaki sebelah bengkak sehingga keluar air
Mak saya hadapi pembedahan kaki kiri (pembedahan pada hip joint , akibat patah) selepas 3 minggu kaki kanan *(opposite) mak saya bengkak sehingga keluar air. normal ke itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bengkak kaki.
Untuk makluman anda, kaki bengkak sehingga mengeluarkan air adalah tidak normal. Anda dinasihatkan untuk membawa ibu anda dengan segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kondisi sebegini boleh disebabkan oleh:
- Trauma
- Jangkitan kuman
- Penyakit kencing manis
- Ulser
Masih risau dengan sakit kaki? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.