
Sulit
4 tahun
Kaki sejuk dan sesak nafas
salam doc, saya lelaki berumur 21tahun. tapak kaki saya sering berasa sejuk walau dalam persekitaran yang panas. saya juga ada kesukaran bernafas, seperti dada terasa berat ketika tarik nafas dan nafas yang pendek. berasa teramat penat ketika membuat kerja ringan sehingga berasa seperti pitam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tapak kaki berasa sejuk. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kondisi anda untuk berlaku seperti:
- kurang pengaliran darah kepada bahagian kaki
- penyakit anemia
- kencing manis
- hipotiroidisme
- kekurangan vitamin B12
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mengalami simptom seperti perubahan warna pada jari dan kuku, sesak nafas atau kesakitan pada kaki, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana pemeriksaan yang teliti perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.