Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kalau saya positif hep B adakah saya tak boleh kahwin?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Februari 25, 2019 7:12 AM

arasu 16 bulan

Kalau saya positif hep B adakah saya tak boleh kahwin?

Dr Ramzdhan 16 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh berkahwin kerana tiada undang-undang di Malaysia yang menyatakan bahawa pesakit hepatitis B positif tidak boleh berkahwin.

Namun demikian, virus hepatitis B merupakan sejenis virus yang merebak melalui cecair badan.

Oleh itu, virus ini akan merebak melalui hubungan kelamin tanpa perlindungan dan pasangan anda akan menpunyai risiko yang tinggi untuk menghidap hepatitis B.

Dari sudut moral dan etika, anda digalakkan untuk memberitahu pasangan anda bahawa anda ialah seorang pesakit hepatitis B sebelum berkahwin.

Selain itu, pastikan pasangan anda mendapatkan vaksinasi hepatitis B yang sepenuhnya sebelum berkahwin untuk mengurangkan risiko pasangan anda untuk menghidap jangkitan hepatitis B.

Selepas berkahwin, pastikan anda sentiasa memakai kondom semasa menjalin hubungan kelamin. Hepatitis B merupakan penyakit yang boleh dikawal dan disembuhkan.

Oleh itu, anda harus patuh mengambil ubat seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor dan menghadiri semua sesi susulan di klinik hepatitis.

Bahan-bahan yang boleh menjejaskan fungsi hati seperti minuman beralkohol juga harus dielakkan.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 07:12:03 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Sri Viknarajan 16 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Pesakit Hepatitis B boleh berkahwin tetapi anda boleh menjangkiti pasangan anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memberitahu pasangan anda tentang kondisi anda.

Ini kerana Hepatitis B berjangkit melalui cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj) atau hubungan seksual.

Virus Hepatitis B boleh menyebabkan sirosis hati dan kanser hati. Pasangan anda disarankan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B dan menerima vaksin hepatitis B adalah perlindungan yang terbaik.

Vaksin hepatitis B dibuat dari virus yang tidak aktif dan dapat diberikan 3 kali dalam waktu 6 bulan. Ini akan membantu tubuh untuk merangsang antibodi untuk melawan virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.

Selain itu, amalkan hubungan seks yang selamat dan gunakan kondom. Anda boleh mengambil ubat anti virus seperti lamivudine (Epivir), adefovir (Hepsera), telbivudine (Tyzeka) and entecavir (Baraclude) untuk mengurangkan risiko penyakit hati dan mencegah penularan infeksi ke orang lain.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 07:38:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Hepatitis window period Doctor…apakah hepatitis ada window period ? Terutamanya hep b and c…dan apakah mungkin keputusan sekarang non reactive …dan ujian seterusnya reactive? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Bolehkah pesakit hepatitis b berkahwin dengan pesakit hepatitis b? Bolehkah pesakit hepatitis b berkahwin dengan pesakit yang juga mengalami hepatitis b? Apa effect nya untuk masa yang akan datang? Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Virus, Vaksin, Jangkitan Hepatitis B & Bengkak Hati Selamat sejahtera doktor2 sekalian, Saya sorang pengidap hepatitis B yang telah mengalami bengkak hati. saya masih bujang dan ingin bertanyakan beberapa soalan. Saya ada buat rawatan dihospi… Baca lagi...
23 hari
myraz92
Hepatitis B vaccine Saya wanita berusia 27…atas tuntutan kerja, saya dikehendaki mengambil suntikn hep B vaccine… Adakan vaccine ini selamat utk wanita yg sedang mengandung?..adakah ini akan menyebabkan kecacatan janin…… Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Adakah pengidap hepatitis B? Hi doktor, adakah saya telah buat medical check up dan terima laporan dari lab. Soalan saya, adakah saya pengidap hepititis B ataupun tidak? Result HBsAg (not detcted) Anti HBs (<2) Level o… Baca lagi...
10 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi