
Sulit
4 tahun
Kawin dah lama tapi belum hamil
Assalamualaikum doctor, sy berusia 23 tahun dan dah kawin tapi belum ada anak lagi. Perkahwinan saya dh masuk 3 tahun tp saya masih belum hamil. Pada 3 bulan lepas sy test urine dgn pregnancy test, naik double line tp line satu lagi tu samar2. Seminggu kemudian faraj sy keluar darah tp xpasti samada period ke x. Lpas tu sy test lagi. Tp naik satu line je. Adakah sy hamil ketika tu ? Ada cara lagi x untuk cepat lekat doctor sbb saya kawin dah lama tapi belum hamil lg ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan penerangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ujian kehamilan yang anda hadapi. Gejala yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain atau pun tidak. Untuk makluman anda, ujian kehamilan melalui air kencing adalah berdasarkan bacaan jumlah hormon bHCG yang ada dalam darah dimana hormon ini hanya dikeluarkan sekiranya anda mengandung.
Pada pendapat kami, mungkin ketika semasa anda mengambil ujian kehamilan pada 3 bulan yang lepas, adalah menunjukkan yang anda sedang mengandung. Namun, terdapat beberapa sebab lain yang boleh memberikan bacaan positive yang palsu (false-positive) dalam ujian kehamilan seperti:
- Gestational trophoblastic disease (GTD)
- Ketumbuhan rahim yang mengeluarkan hormon bHCG
- Masalah pituitari
Mengenai pendarahan yang berlaku seminggu selepas itu, ia mungkin disebabkan kegagalan zuriat untuk lekat pada rahim, ataupun boleh disebabkan oleh kondisi-kondisi yang disebut di atas. Masalah ini boleh dispesifikasikan dengan lebih lanjut dengan melanjutkan siasatan lain seperti ujian darah dan pengimejan seperti ultrasound and CT scan=yang boleh didapati di hospital yang berdekatan.
Kami sarankan anda untuk mencuba yang berikut bagi memperbaiki kesuburan anda:
- Mengira kitaran haid
- Menganggar waktu ovulasi
- Mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang
- Banyakkan permakanan yang mengandungi folat dan zink
- Elakkan permakanan lemak trans
- Kurangkan pengambilan gula atau karbohidrat tinggi
- Banyakkan permakanan berfiber.
- Ambil suplemen pranatal seperti asid folik.
- Amalkan berat badan yang seimbang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.