
Sulit
5 tahun
Kegatal pada tangan tanpa sebab
Saya wanita berumur 26 tahun. Sekarang, saya mengalami gatal² ditangan. Disebabkan saya garu terlalu kuat, ia menyebabkan kemerahan. Kegatalan ini menyebabkan saya tak selesa. Ada ini faktor tanda² kencing manis? Atau ada sintom lain? Apakah yang harus saya lakukan untuk mengenali sebab dan cara merawat kegatalan tangan tanpa sebab ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, maklumat yang lebin lanjut diperlukan. oleh hal yang demikian, kami hanya dapat mengulas dengan umum mengenai masalah anda.
Untuk pengetahuan pihak anda, berikut merupakan tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami kencing manis:
- Kadar kencing yang banyak,
- Berasa terlampau haus,
- Terlalu penat,
- Gatal-gatal pada bahagian kemaluan
Namun tidak semua pesakit mempunyai simptom-simptom ini kerana kebanyakan daripada pesakit-pesakit diabetes mellitus jenis 2 tidak mempunyai sebarang simptom.
Manakala, berikut merupakan sebab-sebab biasa untuk kulit gatal.
Jangkitan kulat
Ekzema biasanya disebabkan alahan
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Oleh hal yang demikian, untuk mengetahui sebab dan cara merawat kegatalan tangan anda, amat disarankan untuk anda merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor agar pemeriksaan secara menyeluruh dapat dilakukan sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.