
Sulit
4 tahun
Kegatalan dan kemerahan ketika period
Saya wanita berumur 33, semasa period yang lepas celah kelangkang kemerahan dan naik ruam gatal hingga ke bahagian bontot saya. Tiada sebarang lendiran. Saya dah kerap tukar pad tapi masih jadi juga. Rawatan apa yg boleh saya dptkn dan dimana? berapa anggaran kos dia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan atau kebersihan kawasan kemaluan yang kurang memuaskan
- Pakaian dalam yang kurang sesuai dengan kulit
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan kulit oleh bakteria, virus atau kulat
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Vaginitis
- Vulvitis
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Gangguan aktiviti harian atau tidur
- Terdapat cecair yang berbau atau nanah keluar dari faraj anda
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Lemah dan lesu
- Hilang selera makan
- Berat turun mendadak
Berkenaan persoalan anda, rawatan adalah bergantung dengan diagnosis yang diberikan oleh doktor. Oleh itu, pemeriksaan haruslah dibuat. Anda boleh pergi ke mana-mana klinik berhampiran untuk diperiksa oleh doktor dan mendapatkan rawatan. Kosnya pula bergantung kepada klinik atau hospital yang dilawat oleh anda dan juga bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.