Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kehamilan awal & penyakit kelamin

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 23, 2020 6:53 AM

Sulit 28 hari

Selamat sejahtera Dr,
Suami saya disahkan menghidap sifilis dan telah menjalani rawatan. Pemeriksaan terkini VDRL menunjukkan penurunan yang ketara dari bacaan 1:64 menjadi 1:16. Suami juga telah mendapatkan kepastian daripada Dr yang merawatnya sama ada boleh meneruskan niat untuk mendapatkan zuriat atau sebaliknya. Dr memberikan keizinan dan menyatakan risiko untuk pasangan adalah rendah.

Setelah tempoh itu, saya disahkan hamil. Persoalan saya, adakah saya dan anak yang dikandung benar-benar selamat daripada penyakit tersebut? Kedua, adakah suami boleh sembuh sepenuhnya dan bacaan akan turun lagi? Ketiga, kenapa Dr meminta suami datang mengambil darah ketika membuka buku pink?

Terima kasih untuk maklum balas Dr.

Dr Sri Viknarajan 28 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami menghargai anda bertanya soalan kepada kami walaupun soalan anda berunsur peribadi dan sensitif.
Kami juga ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan puan!

Berdasarkan keterangan anda, penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum . Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.

Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas daripada sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.

Jadi untuk menjawab soalan anda, anda dan bayi anda akan selamat daripada jangkitan sifilis daripada suami anda jika suami anda sudah pulih sepenuhnya dengan mengambil ubat sifilis sentiasa. Bagi menjawab persoalan mengapa suami anda dipanggil bersama anda pada temujanji dengan doktor, kami memerlukan lebih maklumat tentang itu.

Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.

Anda masih risau tentang sifilis? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu

Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 06:53:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang sifilis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
achikatengku
Penyakit siflis dan stroke Bapa kami berusia 70 tahun ketika jatuh stroke baru-baru ini sehinggakan dia kadang-kala nyanyuk dan disahkan menghidapi sifilis. Kami juga ada perasan kulit pada kemaluannya seperti luka kemerahan. S… Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Saya mendapat penyakit sipilis stage 1 Cecair berwarna kuning seperti nanah keluar dari saluran kencing saya. Baca lagi...
12 bulan
Sulit
4 tahun yang lalu saya telah dijangkiti siplis Saya seorang lelaki berusia 26 tahun dan sudah berkahwin . Pada 4 tahun yang lepas saya telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita , selepas 2 hari saya melakukan hubungan itu , terdapa… Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Sifilis Dan Cara Merawatnya Salam Doktor, saya ingin bertanya, saya berumur 24 tahun dan positif sifilis peringkat awal, saya ingin bertanya apakah rawatan yang perlu saya Ambil dan Ubat jenis apakah yang perlu saya Ambil.… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Faraj naik bintik2 merah dan putih Saya wanita 28 tahun sudah berkahwin. Lepas bersama suami saya mendapati bintik2 merah seperti benjolan air(tidak pasti) pada sabtu 8 feb 20 dan pada 9 feb 20 saya mengalami demam panas 38°c ke … Baca lagi...
8 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!