Sulit
4 tahun
Keluar Darah tapi sikit
Hi and assalamualaikum Doctor,
Saya nurul umo 35 tahun. Saya nak tanya, bulan ramadhan tahun ni dr 1st ramadhan saya saya ada bleeding, xseperti period xpenuh pad pom n darah cair je, biasa period darah ketul2.Keadaan berlarutan sampai hari kesebelas dengan darah y keluar terlalu ckit, bila kita basuh setiap kali buang air kecil akan ada lendir berwarna merah ckit sgt hujung kuku jer…cuma berlarutan sampai sebelas hari. Soalan sy adakah keadaan ini merbahaya, and adakah sy ada risiko positif pregnant. Saya ada dua org anak, n pernah sekali miscarriage. Musim MCO sekarang susah utk pergi farmasi dptkan pregnancy test. Ada x cara lain y blh check either sy pregnant ke x?
Tq doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Perdarahan haid yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia. Anaemia menyebabkan tanda-tanda seperti mudah letih, pitam, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
PKP tidak melarang anda ke farmasi dan anda boleh berbuat demikian untuk mendapatkan ujian kehamilan anda. Tiada cara lain untuk memastikan anda hamil selain UPT. Sekiranya tidak menggunakan pil perancang atau kaedah perancang yang lain, maka risiko untuk hamil sememangnya ada.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.