Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keluar lendir coklat lepas 2 minggu habis period adakah ada masalah lain

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 7, 2020 8:57 AM

fatihaazlin0210 55 hari

saya nak tanya saya keluar lendir coklat,lendir coklat 5 hari je keluar…saya keluar lendir coklat lepas 2 minggu saya habis period 1/8 - 5/8 keluar…3/8 pagi saya cek upt (-) dan pagi tadi 7/8 cek pun (-) saya xnak berharap walaupun dah 2 tahun menanti…tapi saya risau kot² melekat…jadi dekat sini lendir coklat tu same ada petanda hamil atau petanda lain² ??TERIMA KASIH doktor

Dr Ramzdhan 55 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan maklumat yang diberi, kami memahami yang anda mengalami pengeluaran lendir coklat selepas 2 minggu habis period selama 5 hari. Ketika itu, anda menjalani ujian kehamilan melalui air kencing sebanyak 2 kali dan puan menjangkakan zuriat puan tidak menjadi.

Bagi pendapat saya, gejala lendir coklat yang terkeluar itu mungkin berkait dengan kehamilan ataupun tidak. Kadangkala lendir coklat yang terkeluar ini mungkin hanyalah cebisan rahim atau darah teroksida daripada kitaran hadi yang lepas. Walaupun ujian kehamilan adalah negatif, tidak semestinya lendir coklat itu adalah petanda keguguran janin. Ini boleh dijelaskan oleh jumlah hormon HCG masih belum ditapis dalam badan untuk menjadi air kencing. Jika ia berkait dengan kehamilan, maka ia adalah petanda bagi keguguran.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Aug 07 2020 08:57:30 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Miss v gatal gatal selepas habis haid saya berumur 21 tahun dan saya mempunyai masalah miss v gatal gatal selepas tamat haid. saya juga perasan ada benjolan kecil pada pada dinding miss v, ia juga mengeluarkan keputihan likat. ia ak… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Adakah ovulasi akan berlaku pada hari terakhir kitaran haid? Hubungan seks berlaku pada hari terakhir kitaran haid. Isteri saya makan morning after pill dalam masa kurang dari 12jam selepas hubungan seks. Dia sakit kepala dan rasa penat. Adakah isteri say… Baca lagi...
27 jam
Sulit
Apakah kesan sampingan woman’s multivitamin kepada wanita sendiri? Bagus atau tidak Hi, saya wanita berumur 20 an dan belum berkahwin. Saya ada anemia dan saya makan pil tambah darah serta women’s multivitamin. Adakah akan ada kesan sampingan jika saya teruskan pengambilan vita… Baca lagi...
31 hari
Sulit
Keputihan dan lendir berwarna coklat bercampur darah Hello. Umur saya 21tahun dan belum berkahwin saya nak tanya selepas saya datang haid selang seminggu, faraj saya mengeluarkan keputihan dan lendir berwarna coklat dan bercampur dengan darah. Sud… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Klimax & air mazi darah Pertanyaan yang smaa tentang air mazi…apabila saya klimax akan tetap keluar darah…saya ingat sekali atau 2 kli tpi apabila saya…bersama husband…dan orgasm darah akan tetap keluar… Baca lagi...
31 jam
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15