Sulit
6 tahun
Kemushkilan berkanaan kitaran haid, warna darah haid, kemungkinan untuk hamil dan tanda-tanda awal kehamilan
Sye melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, kemudian haid saya dtg lewat seminggu & darah haid saya berwarna coklat gelap… kitaran haid sya sblum ini adalah normal & brlaku setiap bulan… kini sudah sebulan berlalu dripada tarikh terakhir haid sye masih blum datang… adakah sya berkemungkinan untuk mengandung??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain dari kehamilan. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Oleh itu, untuk memastikan sekiranya anda hamil atau tidak, saya sarankan untuk anda menjalankan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT).
Selain itu, darah haid berwarna coklat mungkin disebabkan oleh aliran haid yang perlahan atau darah haid lama. Darah tersebut bertukar warna apabila terdedah dengan udara menjadikannya warna coklat dari warna merah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























