
kaptenkhai888
5 tahun
Kencing bernanah dn berdarah
Saya lelaki umur 25 dn sye mengalami saki di kemaluan sudah sebulan masa Mula2 sakit nya cuma sekali sehari di waktu pagi kini nak buang air kecil terasa sakit sering keluar Nanah dn terkadang keluar darah ketul panjang stelah sebulan tahan sakit ini hanya dngn minum air dngn bawang putih kini telur saya pula terasa bengkak dn besar sebelah apakah harus sye buat dn apakah ubat yng dpt menymbuh kn penyakit ini?
Terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kencing bernanah dan berdarah boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.