
Sulit
5 tahun
Kencing sakit dan keluar seakan cecair putih
Saya berumur 31, baru ni selepas 4 hari melakukan hubungan seks dengan isteri saya. Saya dapati, ketika membuang air kecil, saya sakit dan ada seakan cecair putih pekat. Bila saya baca simtomnya sangat tepat dengan penyakit kelamin gonorea. dimanakah sy boleh dapatkan ubat atau antibiotik. saya sangka isteri saya keputihan sebelum ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cairan putih dari kemaluan kemungkinan besar adalah nanah. Hal ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Justeru, sebaiknya anda mencari tahu diagnosis sebenar penyakit anda. Bagi mengelakkan masalah memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor. Malah, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan. Ini adalah supaya rawatan yang tepat dengan diagnosisi dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.