Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keputihan yang sangat tidak selesa

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 22, 2020 8:41 AM

Sulit 7 hari

Saya berumur 27 tahun.Dan mempunyai anak 2 orang. Masalah saya selepas bersalin anak kedua yang kini berumur 3 tahun, saya mengalami keputihan yg sangat banyak… kadang saya xselesa sgt, saya cuba meruang dgn jari ,keluar sangat banyak keputihan seperti susu basi yang . Cuba bau,ade sdikit bau hanyir. Tolong saya doktor.ubat apa yang sesuai

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 7 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Keputihan fisiologi

  • Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj

  • Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans

  • Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis

  • Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea

  • Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis

  • HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)

  • Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex

Antara langkah yang boleh anda ambil adalah:

  • digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda
  • Jaga kebersihan kelamin

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 22 2020 08:41:57 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Ketulan di dalam badan Saya gadis berusia 19 tahun,telah menjalani operation appendiks lebih kurang sebulan yg lepas, luka dah kering tapi saya perasan ada macam benjolan di bahagian dalam pada sebelah kanan puka ters… Baca lagi...
9 jam
Sulit
Dada kiri sakit lagi Hi doc… Sebulan yg lepas saya ada buat test e. C. G, saya disahkan anx2… Tapi sampai sekarang dada saya blah kiri masih lagi sakit… Perlukan saya buat test e. C. G lagi Baca lagi...
76 minit
Sulit
Gatal atau ekzema dalam sel darah putih Doctor,saya sedang membuat kajian tentang sel darah putih dalam assigment pembelajaran saya.Bolehkah sel darah putih meningkat disebabkan seseorang itu gatal seperti ekzema?adakah ekzema atau ke… Baca lagi...
45 jam
Sulit
Tekak rasa terbakar bila telan air liur,bibir merah,lidah pecah Tekak rasa panas ,bibir merah dan luka,lidah rasa tidak selesa dan pecah,hidung tersumbat dan sedikit batuk yang tidak terlalu kerap,kadang2 ada cecair masam naik ke tekak,kerap sendawa…adaka… Baca lagi...
26 jam
Sulit
Kawasan kepala dan leher berpeluh Hi, nak tanya. Normal tak kalau area kepala dan leher selalu berpeluh. Inkean even tak melakukan aktiviti riadah seperti joging but still peluh tu keluar macam orang lepas berjoging. Cth. Masa… Baca lagi...
25 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi