ainmdrmz94
3 tahun
Kerap pening kepala, loya, berkahak
assalamualaikum, saya seorang wanita berusia 26 tahun kerap mengalami pening kepala, berkahak, loya dan badan terasa lemah. Zzz.
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala pening kepala, loya dan badan terasa lemah tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saraf di bahagian kepala
- gangguan endokrin atau metabolisme tubuh
- badan kekurangan gula
- badan tidak cukup rehat
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Diikuti dengan gejala kahak yang boleh berpunca dari:
- jangkitan bakteria atau virus
- gangguan sistem saluran makan
- gangguan saluran nafas
- dan lain-lain
Saya menasihatkan anda untuk cukupkan makan dan rehat terlebih dahulu, namun sekiranya gejala masih berlanjutan atau bertambah kerap / berat, untuk segara berjumpa dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Secara amnya, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.