Sulit
4 tahun
Kulit zakar melecet di bahagian kepala zakar
Saya berumur 35 tahun,sudah berkahwin,tidak memiliki zuriat,5 tahun berkahwin,ingin bertanya kepada doktor,kulit depan zakar saya melecet seperti ada gelembung air di bahagian kepala.apakah sebabnya dan adakakah berbahaya pada hubungan kelamin saya,dan ada ke cara untuk ubat ye
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, zakar melecet ini disebabkan oleh geseran yang berpanjangan. Masalah iniboleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma kepada zakar
- Jangkitan yang menyebabkan zakar melecet
- Ulser pada kemaluan
- Pemakaian yang terlalu ketat
Anda digalakkan agar mengelakkan perbuatan yang menyebabkan zakar anda melecet. Pengunaan pelincir ( lubricant ) ketika melakukan hubungan seks amatlah digalakkan. Bagi kepastian lanjut dan rawatan susulan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.