
Sulit
4 tahun
Kutil/Ketuat Dibahagian Vagina
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya mengalami kutil/ketuat pada bahagian vagina. Pada mulanya saya hanya biarkan kerana ia tumbuh dengan size yang kecil, lama kelamaan saya biarkan dan ia makin merebak menjadi seperti garisan. Adakah rawatan yang dapat menghilangkan kutil/ketuat tersebut?. Setelah dirawat, ada kemungkinankah kutil/ketuat ini terjadi lagi?. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketuat pada kemaluan adalah disebabkan oleh virus HPV.
Untuk makluman anda, kutil seperti ketuat di bahagian kelamin ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal pada faraj
- Kutil kelamin
- Jangkitan kulat (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jerawat pada faraj
- Fordyce spots
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, Sifilis
Jika masalah ini telah selesai, nikmatilah saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar bagi membuang kutil itu kerana kutil itu juga telah menyebabkan kegatalan sehingga mengganggu hidup anda! Setelah dirawat, kebersihan faraj harus tetap dijaga bagi mengelakkan kekotoran dan jangkitan yang boleh menyebabkan kutil tersebut terjadi lagi.
Rawatan kutil kelamin ataupun ara menghilangkan virus HPV yang menyebabkan ketuat kelamin boleh dilihat dari perspektif rawatan dirumah, rawatan diklinik dan rawatan gabungan. Rawatan dirumah bermaksud rawatan yang pesakit boleh ambil ubatnya dari farmasi dengan preskripsi doktor. Rawatan diklinik pula bermaksud rawatan yang memerlukan kepakaran doktor untuk membuang ketuat kemaluan. Rawatan gabungan adalah apabila kedua-dua kaedah digunakan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.