
Sulit
3 tahun
Lenguh tangan kiri dan kerap merasa sengal
Saya berumur 35thn…saya bekerja di sebuah Hospital Swasta.Saya kerap merasa kurang selesa di bahagian bahu kiri bawa ke lengan dan tangan kiri…bila saya kerja berat contoh memegang benda berat tangan saya akan sakit…Adakala kedua-dua nya…harap tiada yang serius.Jika berlanjutan saya mengambil celebrex pil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan anda mengenai lenguh tangan kiri dan sengal.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh tangan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
- Muscle strain akibat pergerakan otot yang keras
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.