
Sulit
5 tahun
Lidah, lelangit Dan tekak terasa tebal
Hi doktor, saya nak tanya kenapa lidah Dan lelangit saya berasa tebal manakala tekak saya rasa seperti Ada sesuatu bila menelan. Tekak tak sakit cuma rasa tak selesa. Sebelum ni saya Ada simtom GERD tetapi dah semakin berkurangan. Cuma masih lagi sendawa Dan perut agak keras sedikit. Dada juga agak tidak selesa bila kerap sendawa. Rasa seperti nak batuk tapi saya cuma berdehem sahaja. Perlu ke saya buat saringan covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ketidakselesaan tekak atau globus sensation boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketegangan otot kerongkong
- Tiada koordinasi otot
- Refluks asid dari perut
- Postnasal drip
- Tindak balas emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.