
Sulit
5 tahun
Luka seakan bintik merah di Buah zakar
Hi doktor . Suami sy mengalami luka seakan bintik besar berwarna merah banyak di buah zakar nya selepas kami melakukan hubungan . Manakala kepala zakarnya juga terdapat bintik besar merah tetapi hanya satu . Sy sebagai isteri nya juga mengalami keputihan berwarna putih tapi tidak berbau . Adakah penyakit pada suami sy itu berpunca dari keputihan yg sy alami ? Ubat apa yg sesuai utk suami sy dan sy ye ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, luka merah di zakar, sekiranya menyerupai ulser, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan bakteria H. ducreyi
- jangkitan sifilis
- herpes
- akibatan erupsi ubat
- trauma akibat pergerakan semasa aktiviti seksual dan lain-lain
- penyakit autoimun seperti psoriasis ataupun Behcet
Merujuk kepada masalah keputihan yang dialami, sebenarnya keputihan putih jernih yang tidak berbau kadang adalah normal kerana ia tergantung regulasi hormon anda. Akan tetapi, sekiranya terjadi perubahan seperti cairan keputihan terlalu banyak atau berbau busuk atau berubah warna hijau, adalah sangat digalakkan untuk langsung dirujuk. Secara am, keputihan yang keluar dari faraj wanita boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih