Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mahu bertanya Tentang Pengambilan Biotin berlebih

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 1, 2020 12:05 PM

Sulit 43 hari

Hi Doc, Saya Rabiatul Umur 26, Mahu Bertanya adakah berbahaya
Untuk Badan Jika Pengambilan Biotin 5000 cmg sehari? Kerana
Saya Ada Beli Supplement Hair Vitamin Dari USA brand SUGAR BEAR BAIR,
Bila Saya Cuba Buat Research Tentang Biotin, Saya Ada TerBaca
Tentang Pengambilan Biotin Hanya 30 mcg Sehari, Tapi Supplement
Yang Saya Beli Sudah Tertulis Biotin nya 5000 cmg Sehari. Jadi Doc Boleh jelaskan
Tolong Saya Jelaskan Sama Ada Berbahaya Effect Tidak Dan Side Eefect nya? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 43 hari
General Practitioner

Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk pengetahuan anda, vitamin Biotin atau vitamin B7 ini tidak ada bukti yang kukuh dapat membantu dalam masalah rambut gugur. Selain itu, tiada cadangan jumlah yang tetap dalam pengambilan biotin dalam sehari. Namun, ada yang mencadangkan untuk seorang dewasa mengambil 30-100 microgram. Akan tetapi, kebanyakan makanan tambahan vitamin biotin kebiasaannya mengandungi lebih dari jumlah tersebut. Setakat ini, kajian menunjukkan biotin tidak berbahaya jika diambil dalam dos yang tinggi kerana, vitamin ini adalah vitamin yang larut dalam air. Ini bermakna, sekiranya badan anda mengandungi tahap vitamin yang melebihi lebih dari yang diperlukan oleh badan, ianya akan dibuang dari badan melalui air kencing. Melainkan sekiranya anda mengalami masalah buah pinggang.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jun 01 2020 12:05:38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Ubat-Ubatan dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Pengambilan ubat to reduce High Uric Acid Jika ambik ubat (as prescribed) to educe uric acid, adakah kena ambil forever mcm ubat high bp? Or iqbya hanyalah sementara sahaja until the reading back to normal. Baca lagi...
12 hari
Sulit
Sakit sendi pada kaki Saya mengalami sakit² sendi pada lutut, pharmacy memberikan sya spirulina… Adakah ia baik utk saya? dan untuk kaki terseliuh dan bengkak Baca lagi...
13 hari
Sulit
Gastrik dan jenis ubat yang diberi Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada sakit gastrik sejak bulan 4 haritu… soalan saya farmasi telah bagi ubat PPI jenis pantoprazole tapi bila saya ambil ubat tu tadi rasa sakit kepala, … Baca lagi...
14 jam
Sulit
Waktu tepat makan asid folik Selamat pagi doc,sy akan berkahwin sebulan lagi, patut ke saya ambil acid folic dalam masa sebulan sebelum kahwin? Sebab saya terbaca kena makan 3 bulan sebelum kahwin… Boleh doc jelaskan. Ter… Baca lagi...
24 jam
Sulit
10 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi