Sulit
3 tahun
Makan postinor 2 biji sekaligus dalam masa 24 jam
Bolehkah saya makan postinor 2 biji sekaligus dalam masa 24 jam? Adakah akan memberli kesan yang sama atau ads kemungkinan pil itu tidak berkesan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cara yang disarankan untuk mengambil pil postinor adalah mengambil satu dos pertama sejurus selepas hubungan seks yang tidak terlindung. Dos yang pertama ini harus diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seksual tidak terlinding untuk ianya berkesan. Kemudian dos yang kedua harus diambil selepas 12 jam pil pertama diambil.
Namun begitu, mengambil dos kedua sedikit lebih awal atau sedikit terlambat (seperti perbezaan dua jam) mungkin tidak akan membuat perbezaan kepada berkesan pil tersebut. keberkesanan pil postinor lebih bergantung dengan tempoh masa anda mengambil ubat tersebut selepas hubungan seks yang tidak terlindung. Hal ini kerana 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sekiranya haid anda lambat 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya, anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.