
Sulit
5 tahun
Makan ubat turun darah haid tanpa sedar telah hamil 6 minggu
Saya telah makan ubat turun darah haid tapi tanpa sedar saya hamil 6 minggu.adakah ubat turun darah haid itu merbahaya untuk janin saya jika kandungan diteruskan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pil perancang anda harus dihentikan sebaik sahaja anda positif hamil. Tiada kajian yang membuktikan bahawa ubat ini akan membahayakan janin anda atau memberi kecacatan dalam kandungan. Ubat ini juga tidak menyebabkan keguguran. Oleh itu, anda boleh teruskan dengan kehamilan ini. Ubat ini cuma mungkin akan mengganggu ketebalan lapisan dalaman rahim di mana janin anda membesar.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.