
Sulit
4 tahun
Masalah period Belum datang selepas Makan pil norcolut
Saya rose berumur 29 tahun sebelum ini saya Ada mkn pil norcolut untuk turunkan period…doctor bagi untuk 5hari tapi Hari ini ke 8 Masih lagi tidak period…Saya Ada pergi ke klinik untuk ambil ubat tapi doctor cakap period bkn immediately Akan datang …esok Hari yang ke 14 paya ke klinik…kenapa period Saya Belum Turun lagi…adakah hormone Saya tidak

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda lewat selepas memakan pil Norcolut.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Persoalan anda tentang hormon anda dengan kitaran haid anda memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor. Ujian darah dan alat sulit perlu dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!