
Sulit
3 tahun
Masalah sakit dada ulu hati dan sesak nafas
Saya lelaki berumur 22 tahun… saya tidak merokok, sejak kebelekangan ni saya sering pedih ulu hati,mengalami sakit dada belah kiri atas dan kadang kala sebelah kanan, kadang2 juga walau tengah berehat berasa sesak nafas…seperti sangkut2 dan pendek2… kadang saya berasa panas di tgh dada dan rasa sedikit tercekik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda iaitu sakit dada, hulu ati dan sesak nafas.
Sakit dada atau ulu hati dan sesak nafas boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
atau boleh juga disebabkan oleh:
- gangguan organ pankreas
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- gangguan organ kardiovaskular
- gangguan paru-paru
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.